Maka tidak ada lagi yang mereka tunggu melainkan saat kiamat yang akan datang kepada mereka secara mengejut, kerana sesungguhnya telah lahirlah tanda-tanda kedatangannya. Maka bagaimanakah mereka dapat menerima peringatan yang diberi kepada mereka apabila ia datang? - Surah Muhammad, ayat 18.
Telah hampir masa datangnya saat yang dekat itu. Tidak ada sesiapapun selain Allah yang dapat menghapuskan huru-hara hari kiamat itu. - Surah An Najm, ayat 57 - 58.
Semoga rakyat Malaysia berada dalam keadaan selamat dan tidak terperangkap dalam bencana alam yang begitu menakutkan.
Sunday, March 13, 2011
Monday, February 28, 2011
Rakyat saya cintakan saya.
Ughh. Apa penyakit mamat ni? Cintakan anak, marah-marahkan. Cintakan bini, tinggal-tinggalkan. Cintakan rakyat? Bunuh-bunuhkan.
Dah ramai nyawa rakyat Libya terkorban atas arahan kau sendiri, kau boleh kata rakyat Libya cintakan kau dan sanggup berkorban kerana kau? Memang out of this world sewel.
Dah ramai nyawa rakyat Libya terkorban atas arahan kau sendiri, kau boleh kata rakyat Libya cintakan kau dan sanggup berkorban kerana kau? Memang out of this world sewel.
Raw Footage: Gaddafi Orders His Soldiers to Kill Protestors, Police Fleeing in Libya Street Riots, Bodies Being Hidden Tripoli Libya
Son of Muammar al-Gaddafi Urges Militia to Kill Civilians
Libya protests: Gaddafi says 'all my people love me' (?!)
![]() |
Mungkin pengawal peribadi wanita Gaddafi sahaja yang menyintainya. Dikhabarkan nak jadi bodyguard pempuan Gaddafi wajib masih dara. Selepas itu tak tahu masih dara atau tak. Lagi gambar bodyguard pempuan Gaddafi @DJMICK S I N I. |
Perangai un-senonoh Gaddafi
Tuesday, February 15, 2011
Bagus bendung pemikiran ekstrim, tapi penguasa ekstrim bagaimana?
Aku masih lagi tertanya-tanya malah bertanya kepada PM melalui Twitter apakah nasib minoriti Syiah yang ditangkap 9 Muharram 1432H yang lalu. Malah media perdana pun tiada keluar berita mengenai mereka yang ditangkap (baca: dianiaya). Lebih teruk siap menuduh minoriti Syiah ini menghalalkan darah Sunni untuk dibunuh, walhal yang mengeluarkan kenyataan berat itu keluar dari mulut seorang Sunni yang buta mazhab dan sekarang menjadi SUK di negeri maju.
![]() |
Twit kepada PM, tunggu bulan dan bintang jatuh nak dapat reply. Shortened Link tu merujuk SINI. Sila baca. |
Perdana Menteri 1Malaysia, DS Najib semalam mengatakan pemikiran ekstrim perlu dibendung. Memang tiada baiknya pemikiran ekstrim tak kira apa fahaman bertapak di Malaysia ini kerana hanya membawa kacau bilau, tetapi menuduh sesuatu fahaman itu ekstrim tanpa memahami adalah sama ekstrim dengan Al-Qaeda atau Tamil Elam. Bukan niat aku nak meletakkan semua kesalahan menangkap penganut Syiah Melayu ke atas bahu PM. Tapi segelintir kelompok dalam kerajaan yang tak faham aspirasi PM ni makin menjahanamkan gagasan yang PM nak bawa (yang aku nampak baik) malah imej Malaysia di mata dunia memang terjejas. Perkara ini perlu disegerakan penyelesaiannya oleh Kerajaan Persekutuan yang mendokong Perlembagaan.
Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan mengatakan: Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Agama-agama lain diiktiraf sebagai agama dinegara kita yang dilabel negara Islam. Jadi bagaimana pula mazhab yang diiktiraf dalam Islam melalui deklarasi OIC tahun 2007 termasuk mazhab Jafari dan Zaydi (yang dianuti majoriti Syiah) ditindas dinegara Islam sendiri? Tak berap nak masuk akal. Lebih aneh, Malaysia juga menandatangani deklarasi tersebut tapi didalam negara lain pula jadinya.
Sempena Maulidur Rasul ini, eloklah kiranya agar kita merapatkan saf dan ikatan perpaduan umat Islam tak kira apa mazhab. Tak faham Syiah tak mengapa, kerana mereka juga diiktiraf sebagai sebuah mazhab (Jafari dan Zaydi). Yang kita Sunni ini, faham benar ke apa itu Ahli Sunnah Wal Jamaah (termasuklah aku)?
Selawat!
![]() |
Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda. |
Thursday, February 10, 2011
Alternatif yang baik untuk Valentine
Usai khutbah Jumaat yang menyentuh Valentine Day, baru aku perasan yang Senayan depan, 14 Februari 2011 adalah Valentine Day! Uh oh, bunga, coklat, apa lagi nak bagi awek? Hot kiss? Sedare-sedare sekalian, jangan lupa, keesokan hari selepas Valentine Day adalah hari keputeraan Baginda Nabi Muhammad S.A.W, Penghulu sekalian alam. Telah bermula jentera-jentera kerajaan dan NGO serta individu untuk menghalang atau menasihati Muslim di Malaysia agar tidak meraikan Valentine Day, dan aku kira umum setuju gerakan tersebut bagi banteras kegiatan nikmat maksiat.
Pada entry ini aku nak kongsikan cadangan seorang sasterawan yang telah dan sedang aku baca novel tulisannya (lihat birai kanan) mengenai alternatif untuk hari berkasih sayang, jika mahu ada hari sebegitu diraikanlah. Secebis tulisan beliau:
Nah, mahu berkasih-kasihan, ada saja caranya. Nak lebih-lebih juga? Kahwinlah beb...syoookkkk. Pilih tarikh 1 Zulhijjah. Hah, cek kalendar sekarang dan aturkan segera pernikahan!
Baca Dr Faisal Tehrani 1 Zulhijjah untuk ganti Valentine Day.
Pada entry ini aku nak kongsikan cadangan seorang sasterawan yang telah dan sedang aku baca novel tulisannya (lihat birai kanan) mengenai alternatif untuk hari berkasih sayang, jika mahu ada hari sebegitu diraikanlah. Secebis tulisan beliau:
Maka aku ingin memberi cadangan hari gantian Valentine Day. Iaitu hari 1 Zulhijjah.
Apa istimewanya hari 1 Zulhijjah ini?
Penganut mazhab Syiah menyambutnya sebagai hari berkasih sayang kerana ia adalah hari ulang tahun perkahwinan Saidina Ali dan Saidatina Fatimah Zahra (klik sini). Justeru, biasanya orang Syiah akan melangsungkan perkahwinan pada 1 Zulhijjah untuk mendapatkan berkat. Yang lelaki akan berazam mahu menjadi suami mithali seperti Saidina Ali, yang perempuan akan berikrar mahu menjadi isteri contoh seperti Saidatina Fatimah Zahra. Perkahwinan mereka direstui langit dan bumi.
Di Malaysia, kita boleh mempromosikannya. Kalau semasa meraikan itu mereka yang kemaruk berkasih sayang ini teringat akan sandaran tarikh tersebut ialah hari nikahnya Saidina Ali dan Fatimah; tentu tersedik dalam hati untuk malu berbuat tidak senonoh dan lebih-lebih.
Nah, mahu berkasih-kasihan, ada saja caranya. Nak lebih-lebih juga? Kahwinlah beb...syoookkkk. Pilih tarikh 1 Zulhijjah. Hah, cek kalendar sekarang dan aturkan segera pernikahan!
Baca Dr Faisal Tehrani 1 Zulhijjah untuk ganti Valentine Day.
Apa punya jenis tamak ni?
Meniaga hartanah memang menguntungkan. Tapi pekejadahnya kalau tamak sampai bumi pun nak jual?

Siapa yang guna jalan Kajang Dengkil menghala ke Jenderam Hilir boleh nampak signboard ni silalah kontek nak beli bumi. Harga kaw tim sedala-mala lorr.
Hehehe...
Lai....lai...earth for sale maaa...murah...murah..
Siapa yang guna jalan Kajang Dengkil menghala ke Jenderam Hilir boleh nampak signboard ni silalah kontek nak beli bumi. Harga kaw tim sedala-mala lorr.
Hehehe...
Apa itu sekoci?
Jadahnya sekoci tu? Kuih kuaci sedap makcik pasar malam jual overpriced?
Tidak sama sekali. Bagi mereka yang biasa ke laut dan biasa membaca buku sastera Melayu (yang tidak pernah ke laut hatta mengenali jenis kapal, macam aku...damn), sekoci ialah sebuah perahu yang bersaiz kecil. Biasa digunakan bagi mencandat sotong dan menangkap ikan dikawasan persisiran pantai (Wikipedia).
Apa kaitannya sekoci dan cyber? Well, semasa di cyberspace kita digelar 'surf the internet'. Dalam Melayunya dipanggil melayari Internet, untuk dapat info, kongsi pemikiran dan macam-macam. Maka blog ini diberi nama Sekoci Cyber bermaksud blog ini adalah sekoci, atau perahu atau kapal dan pelayaran aku di cyberspace dan hidup aku serta ilmu yang ada akan aku kongsikan disini. Mudah.
Lagi jenis perahu Melayu di Wikipedia.
Sekoci atau sepinggan koci?
Sekoci Melayu
Apa kaitannya sekoci dan cyber? Well, semasa di cyberspace kita digelar 'surf the internet'. Dalam Melayunya dipanggil melayari Internet, untuk dapat info, kongsi pemikiran dan macam-macam. Maka blog ini diberi nama Sekoci Cyber bermaksud blog ini adalah sekoci, atau perahu atau kapal dan pelayaran aku di cyberspace dan hidup aku serta ilmu yang ada akan aku kongsikan disini. Mudah.
Lagi jenis perahu Melayu di Wikipedia.
Subscribe to:
Posts (Atom)