Aku masih lagi tertanya-tanya malah bertanya kepada PM melalui Twitter apakah nasib minoriti Syiah yang ditangkap 9 Muharram 1432H yang lalu. Malah media perdana pun tiada keluar berita mengenai mereka yang ditangkap (baca: dianiaya). Lebih teruk siap menuduh minoriti Syiah ini menghalalkan darah Sunni untuk dibunuh, walhal yang mengeluarkan kenyataan berat itu keluar dari mulut seorang Sunni yang buta mazhab dan sekarang menjadi SUK di negeri maju.
![]() |
Twit kepada PM, tunggu bulan dan bintang jatuh nak dapat reply. Shortened Link tu merujuk SINI. Sila baca. |
Perdana Menteri 1Malaysia, DS Najib semalam mengatakan pemikiran ekstrim perlu dibendung. Memang tiada baiknya pemikiran ekstrim tak kira apa fahaman bertapak di Malaysia ini kerana hanya membawa kacau bilau, tetapi menuduh sesuatu fahaman itu ekstrim tanpa memahami adalah sama ekstrim dengan Al-Qaeda atau Tamil Elam. Bukan niat aku nak meletakkan semua kesalahan menangkap penganut Syiah Melayu ke atas bahu PM. Tapi segelintir kelompok dalam kerajaan yang tak faham aspirasi PM ni makin menjahanamkan gagasan yang PM nak bawa (yang aku nampak baik) malah imej Malaysia di mata dunia memang terjejas. Perkara ini perlu disegerakan penyelesaiannya oleh Kerajaan Persekutuan yang mendokong Perlembagaan.
Perkara 3 (1) dalam Perlembagaan Persekutuan mengatakan: Islam ialah agama bagi Persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan.
Agama-agama lain diiktiraf sebagai agama dinegara kita yang dilabel negara Islam. Jadi bagaimana pula mazhab yang diiktiraf dalam Islam melalui deklarasi OIC tahun 2007 termasuk mazhab Jafari dan Zaydi (yang dianuti majoriti Syiah) ditindas dinegara Islam sendiri? Tak berap nak masuk akal. Lebih aneh, Malaysia juga menandatangani deklarasi tersebut tapi didalam negara lain pula jadinya.
Sempena Maulidur Rasul ini, eloklah kiranya agar kita merapatkan saf dan ikatan perpaduan umat Islam tak kira apa mazhab. Tak faham Syiah tak mengapa, kerana mereka juga diiktiraf sebagai sebuah mazhab (Jafari dan Zaydi). Yang kita Sunni ini, faham benar ke apa itu Ahli Sunnah Wal Jamaah (termasuklah aku)?
Selawat!
![]() |
Selawat dan salam kepada Nabi Muhammad dan ahli keluarga baginda. |
No comments:
Post a Comment