Thursday, February 10, 2011

Apa itu sekoci?

Jadahnya sekoci tu? Kuih kuaci sedap makcik pasar malam jual overpriced?

Sekoci atau sepinggan koci?

Tidak sama sekali. Bagi mereka yang biasa ke laut dan biasa membaca buku sastera Melayu (yang tidak pernah ke laut hatta mengenali jenis kapal, macam aku...damn), sekoci ialah sebuah perahu yang bersaiz kecil. Biasa digunakan bagi mencandat sotong dan menangkap ikan dikawasan persisiran pantai (Wikipedia).


Sekoci Melayu

Apa kaitannya sekoci dan cyber? Well, semasa di cyberspace kita digelar 'surf the internet'. Dalam Melayunya dipanggil melayari Internet, untuk dapat info, kongsi pemikiran dan macam-macam. Maka blog ini diberi nama Sekoci Cyber bermaksud blog ini adalah sekoci, atau perahu atau kapal dan pelayaran aku di cyberspace dan hidup aku serta ilmu yang ada akan aku kongsikan disini. Mudah.

Lagi jenis perahu Melayu di Wikipedia.

No comments:

Post a Comment