Thursday, February 10, 2011

Alternatif yang baik untuk Valentine

Usai khutbah Jumaat yang menyentuh Valentine Day, baru aku perasan yang Senayan depan, 14 Februari 2011 adalah Valentine Day! Uh oh, bunga, coklat, apa lagi nak bagi awek? Hot kiss? Sedare-sedare sekalian, jangan lupa, keesokan hari selepas Valentine Day adalah hari keputeraan Baginda Nabi Muhammad S.A.W, Penghulu sekalian alam. Telah bermula jentera-jentera kerajaan dan NGO serta individu untuk menghalang atau menasihati Muslim di Malaysia agar tidak meraikan Valentine Day, dan aku kira umum setuju gerakan tersebut bagi banteras kegiatan nikmat maksiat.


Pada entry ini aku nak kongsikan cadangan seorang sasterawan yang telah dan sedang aku baca novel tulisannya (lihat birai kanan) mengenai alternatif untuk hari berkasih sayang, jika mahu ada hari sebegitu diraikanlah. Secebis tulisan beliau:

Maka aku ingin memberi cadangan hari gantian Valentine Day. Iaitu hari 1 Zulhijjah.

Apa istimewanya hari 1 Zulhijjah ini?

Penganut mazhab Syiah menyambutnya sebagai hari berkasih sayang kerana ia adalah hari ulang tahun perkahwinan Saidina Ali dan Saidatina Fatimah Zahra (klik sini). Justeru, biasanya orang Syiah akan melangsungkan perkahwinan pada 1 Zulhijjah untuk mendapatkan berkat. Yang lelaki akan berazam mahu menjadi suami mithali seperti Saidina Ali, yang perempuan akan berikrar mahu menjadi isteri contoh seperti Saidatina Fatimah Zahra. Perkahwinan mereka direstui langit dan bumi.

Di Malaysia, kita boleh mempromosikannya. Kalau semasa meraikan itu mereka yang kemaruk berkasih sayang ini teringat akan sandaran tarikh tersebut ialah hari nikahnya Saidina Ali dan Fatimah; tentu tersedik dalam hati untuk malu berbuat tidak senonoh dan lebih-lebih.

Nah, mahu berkasih-kasihan, ada saja caranya. Nak lebih-lebih juga? Kahwinlah beb...syoookkkk. Pilih tarikh 1 Zulhijjah. Hah, cek kalendar sekarang dan aturkan segera pernikahan!

Baca Dr Faisal Tehrani 1 Zulhijjah untuk ganti Valentine Day.

2 comments:

  1. Faisal tehrani tu penganut syiah...byk hasil nukilan dia membanggakan syiah..ty

    ReplyDelete
  2. Faisal tehrani tu penganut syiah...byk hasil nukilan dia membanggakan syiah..ty

    ReplyDelete